Selamat Datang

Followers

Tuesday, September 8, 2009

LENCANA SEKOLAH




Ianya berbentuk membujur di bahagian atas dan bawah. Bahagian atasnya agak tajam. Di sebelah atas bahagian kiri adalah lambang kedaulatan Raja Terengganu yang menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan selaku pemerintah negeri.

Di sebelah atas bahagian kanan adalah sebuah pelita yang di atasnya ada dua buah buku. Ini adalah melambangkan bahawa dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi akan menerangani kehidupan seseorang di masa akan datang.

Di tengah-tengah bahagian bawah terdapat lima gelang yang bercantum. Ini melambangkan bahawa sekolah juga sangat mementingkan sukan dan permainan sebagai akviti kokurikulum yang berjalan seiring dengan kurikulum sekolah.

Cogankata sekolah di letakkan di bahagian bawah lencana dengan kata-kata “ ILMU PENGETAHUAN SULUH PENGHIDUPAN “. Manakala di bahagian paling bawah diletakkan nama dan alamat sekolah dalam bentuk seakan-akan kain rentang yang dibelit-belitkan.

No comments:

Post a Comment