Selamat Datang

Followers

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Paka ditubuhkan pada 1.1.1920 dan Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham Cikgu Mohd Idham bin Atan. Sewaktu sekolah ini mula dibuka, ia merupakan sebuah bangunan yang boleh dipanggil ‘ pondok ‘ yang beratapkan daun nipah, berdindingkan kayu dan berlantaikan tanah pasir. Bilangan murid ketika itu seramai 14 orang yang hampir saratus peratus adalah terdiri dari anak-anak golongan nelayan. Mereka belajar dalam keadaan serba dhaif. Beberapa tahun kemudian, sekolah ini telah berpindah ke bangunan lain yang berhampiran iaitu bekas Pejabat Daerah.

Pada tahun 1961, sebuah bangunan kayu yang mempunyai tiga bilik darjah telah didirikan. Pada tahun 1969 sebuah bangunan untuk Pejabat Sekolah telah didirikan. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Y.A.B. Dato Haji Wan Mokhtar bin Ahmad (ketika itu gelaran YB Dato) pada 23 Julai 1975 apabila siapnya bangunan tambahan dua tingkat bagi menampung keramaian murid yang kian bertambah. Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan ‘ kilat ‘ telah dibina dan pada tahun 1990 sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina untuk menampung pertambahan murid yang semakin ramai.

Kepesatan pembangunan di Paka telah menyebabkan peningkatan pertambahan murid dan kekurangan bilik darjah telah berlaku yang menyebabkan sebahagian daripada murid sekolah inji terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Paka. Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Paka telah banyak mengalami perubahan selaras dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.