Selamat Datang

Followers

Thursday, March 28, 2013

ACARA MERENTAS DESA SK PAKA

22 Mac, 2013- Acara Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Larian merentas desa ini melibatkan semua murid SK PAKA. Sebelum larian murid-murid dan semua guru mengadakan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Muharam. Semua murid dan guru berasa ceria dan seronok pabila melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah.SYABAS !!!

ENGLISH CO-ACADEMIC

15 Mac, 2013- Majlis pertandingan English Co-Academy Competition Paka Zone telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Sebanyak 7 buah sekolah menyertai pertandinan tersebut.Acara-acara yang dipertandingkan ialah Action Song, Story Telling dan Public Speaking. Sekolah Kebangsaan Paka muncul juara action song dan akan mewakili PKG Paka keperingkat Daerah nanti. Well done SK PAKA !!!


Ceramah WWF

5 Mac, 2013-Majlis ceramah oleh pihak WWF (World Widelife Foundation) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam.Ceramah bertujuan memberi kesedaran akan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar fauna dan flora.Ceramah disampaikan oleh agen WWF iaitu Mr.Fernandez dan rakan Mr Raja Krisnan di Dewan Ilmi'Sekolah Kebangsaan Paka .