Selamat Datang
PENTADBIRAN
Followers
Wednesday, February 20, 2013
TEMU MURNI IBUBAPA BERSAMA UNIT UPSR
PAKA,20 FEB-Program temu murni di antara ibubapa, PIBG dan unit UPSR Sekolah Kebangsaaan Paka telah dilakukan ada hari ini di Dewan Bestari, SK PAKA. Jam 11.00 pagi.shafieedahalan@yahoo.com
Tuesday, February 19, 2013
SMART ENGLISH COMPETITION
19 FEB- Smart English Competition telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Pada pertandingan ini, murid-murid Tahap Dua menjalani pertandigan spelling mengikut rumah sukan masing-masing. Pertandigan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35
16 Feb-Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Kebangsaan Paka kali ke 35 telah diadakan semalam. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yb Tn.Haji Zakaria@Mohd Ariffin bin Abdullah.Mesyuarat diadakan di Dewan Bestari SK PAKA.
Thursday, February 7, 2013
SAMBUTAN MAULIDUR
Paka 7 Feb-Majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi di medan perhimpunan setelah murid mendengar taklimat dari Penyelaras Sambutan Maulidur Rasul, Ustaz Othman bin Che Yusuf.Semua murid dan guru berarak sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w di kawasan sekitar Paka.Berbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan melukis , nasyid dan membaca sajak telah diadakan bagi meraikan majlis sambutan.shafieedahalan@yahoo.com
Wednesday, January 2, 2013
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKK PAKA 2013
1 JAN 2013-Hari pertama sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Paka bermula semalam. Seramai 140 orang murid Tahun 1 hadir ke sekolah danri memasuki kelas mengikut pendaftaran masing-masing.Sebahagian besar murid ceria dan seronok memasuki kelas masing-masing namun masih ada segelintir murid berasa takut dan menangfis apabila menerima pengalaman baru, biasalah hari pertama persekolahan.Laporan shafieedahalan@yahoo.com
Thursday, November 15, 2012
BENGKEL FROG VLE
SK PAKA 5 NOVEMBER- Bengkel Frog VLE telah diadakan semalam.Bengkel dijalakan di Makmal Komputer 1, SK PAKA. Pada bengkel ini, semua guru diberikan ID dan Password untuk guru-guru akses ke halaman Frog VLE. Semua guru diajar bagaimana untuk mengubahsuai dashboard masing-masing.
shafieedahalan@yahoo.com
JAMUAN AKHIR TAHUN SK PAKA 2012
PAKA 9 NOVEMBER-Majlis Jamuan Akhir Tahun SK PAKA telah diadakan semalam di Resident Resort,Paka semalam. Semua guru dan kakitangan serta guru-guru yang telah bertukar berkumpul di Resident Resort pada pukul 3.00 petang semalam.Jamuan dianjurkan oleh kelab guru dan kakitangan.
HARI PENYAMPAIAN HADIAH SK PAKA
PAKA 8 NOVEMBER-Majlis Penyampaian Hadiah SK PAKA telah dijalankan semalam.Majlis berlangsung di Dewan Bestari SK PAKA. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SK PAKA ,En.Wan Zainddin bin Wan Isa. Majlis tamat pada 1.00 petang.shafieedahalan@yahoo.com
Saturday, October 6, 2012
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PAKA 2012
PAKA 5 SEPTEMBER- Unit beruniform SK PAKA mengadakan aktiviti perkhemahan selama 3 hari bermula dari 4hb.September 2012. Seramai 130 orang pelajar menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.Pelbagai aktiviti diadakan seperti bertandingan memasak, sukaneka, larian berhalangan dan lain-lain lagi. Hadiah -hadiah pertandingan disampaikan oleh Yang Dipertuan PIBG SK PAKA iaitu WanZainuddin bin Wan Isa. Peserta perkhemahan berasa gembira dan ceria sepanjang hari perkhemahan tersebut.shafieedahalan@yahoo.com
Saturday, September 29, 2012
UJIAN SARINGA DOKTOR MUDA 2012
PAKA 27 SEPT- Ujian Doktor Muda Peingkat Sekolah Rendah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan dari kelab doktor muda menjalani ujian tersebut. Ujian diadakan di Makmal Komputer 2 dan diawasi oleh dua jururawat dari Klinik Kesihatan Paka.,Ujian bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.shafieedahalan@yahoo.com
Thursday, September 27, 2012
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Paka 26 Sept- Satu Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka hari.Kursus bertajuk "Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBP) telah dilakukan di Makmal Komputer 1,Sekolah Kebangsaan Paka. Tuan Guru Besar, En.aminuddin bin Yazid telah membimbing kepada semua guru mengetahui dan memahami perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah hari ini.shafieedahalan@yahoo.com
Tuesday, September 18, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Thursday, August 30, 2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 55
PAKA,30 OGOS-Majlis menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke-5 telah diadakan pada hari ini. Semua pelajar dan guru-guru berhimpun di medan perhimpunan SK PAKA bagi bersama-sama mendengar perutusan kemerdekaan dan menyanyikan lagu-lagu patrionik.MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!.shafieedahalan@yahoo.com
KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012
PAKA,30 OGOS-Kem Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan Rumbia Resort, Paka semalam. Seramai 80 calon UPSR SK.PAKA telah mengikut kem tersebut.Kem Kcemerlangan ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan di taja oleh Syarikat Petronas Ammonia Bhd.Ucapan terima kasih diucap kepada Petronas Ammonia kerana menaja kem kecemerlangan tersebut.shafieedahalan@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)



