Selamat Datang

Followers

Saturday, September 29, 2012

UJIAN SARINGA DOKTOR MUDA 2012


PAKA 27 SEPT- Ujian Doktor Muda Peingkat Sekolah Rendah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan dari kelab doktor muda menjalani ujian tersebut. Ujian diadakan di Makmal Komputer 2 dan diawasi oleh dua jururawat dari Klinik Kesihatan Paka.,Ujian bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, September 27, 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)


Paka 26 Sept- Satu Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka hari.Kursus bertajuk "Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBP) telah dilakukan di Makmal Komputer 1,Sekolah Kebangsaan Paka. Tuan Guru Besar, En.aminuddin bin Yazid telah membimbing kepada semua guru mengetahui dan memahami perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah hari ini.shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, September 18, 2012

Sambutan Merdekaraya



Klik untuk kelitahan jelas


Tuesday, September 11, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR.

11 Sept 2012 - Peperiksaan UPSR bermula hari ini...





Thursday, August 30, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 55

PAKA,30 OGOS-Majlis menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke-5 telah diadakan pada hari ini. Semua pelajar dan guru-guru berhimpun di medan perhimpunan SK PAKA bagi bersama-sama mendengar perutusan kemerdekaan dan menyanyikan lagu-lagu patrionik.MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!.shafieedahalan@yahoo.com

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012



PAKA,30 OGOS-Kem Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan Rumbia Resort, Paka semalam. Seramai 80 calon UPSR SK.PAKA telah mengikut kem tersebut.Kem Kcemerlangan ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan di taja oleh Syarikat Petronas Ammonia Bhd.Ucapan terima kasih diucap kepada Petronas Ammonia kerana menaja kem kecemerlangan tersebut.shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012/1433H



Sempena dibulan yang mulia ini, bersamalah kita berpuasa dan menyambut kehadiran 1 Syawal 1433H.Untuk itu,  kami warga Sekolah Kebangsaan Paka, Terengganu mengucapkan kalimah mulia kepada seluruh umat Islam seluruh dunia dan khas kepada murid-murid kami dengan ucapan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin'.

MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN ADILFITRI 2012


SK.PAKA,15 OGOS-Majlis ramah mesra sempena sambutan Aidil Fitri 1433H dijalankan SK.Paka pada hari ini pada jam 11.45 pagi. Pada majlis tersebut semua murid dan guru berkumpul di Dewan Bestari SK.PAKAbagi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.Suasana ramah mesra berjalan dengan baik dan penuh kesyukuran kerana dapat berpuasa dan menyambut Aidil Fitri bersama -sama pada tahun.ini

BENGKEL JARI SIFIR

SK.PAKA 15 OGOS- Satu seminar Jari Sifir telah dijalankan di SK.PAKA pada hari ini.Murid-murid tahun 2 hingga Tahun 5 telah menghadiri bengkel ini. Seminar ini bertujuan membasmi bta sifir di kalangan pelajar dan seterusnya menanam semangat meminati matematik di kalangan pelajar.Fasilator bengkel Sifir Jari dari EQ-maths Consultant, Kuala Lumpur.Murid -murid gembira dan ceria mendapat pendedahan penguasaan sifir.Laporan shafieedahalan@yahoo.com.

MAJLIS TADARUS DAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN DAN YATIM

SKPAKA 15 OGOS- Majlis Tadarus bacaan Al Quran dan sumbangan sedekat kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim telah dijalankan di SK.PAKA hari ini. Bacaan ayat suci Al-Quran diketuai oleh Us.Othman bersama guru-guru dan semua murid. Majlis disampaikan oleh Guru Besar SK PAKA, En.Aminuddin bin Yazid..Majlis berlangsung di Dewan Bestari, SK.PAKA.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, August 1, 2012

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN KE-55










SK PAKA, 31 JULAI-Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini melancarkan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-55 semalam. Pelancaran  kain rentang, ucapan perutusan hari kebangsaan dan penyerahan bendara gemilang kepada Guru Besar , En.Aminuddin bin Yazid juga dilakukan.Aktiviti mewarna bendera gemilang juga dijalankan kepada semua murid.Berikut disertakan gambar aktivti mewarna bendera Malaysia
shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

PAKA ,10 JULAI-Aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini. Acara senamrobik bermula pada jam 8.00 pagi di medan perhimpunan sekolah dan seramai 900 orang murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 menyertai aktiviti tersebut.Setiap murid yang menyertai aktiviti senamrobik tersebut akan diberi 2markah penyertaan dan menerima sijil penyertaan seramrobik. Semua guru dan kakitangan sekolah turut serta menyertai acara yang menyeronokkan ini.shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, May 17, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SK PAKA 2012



PAKA 17MEI:-Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Semua murid dan guru berkumpul di sekolah bagi menjayakan program hari guru tersebut.Pelbagai acara melibatkan murid dan guru diadakan dan berjaya merapatkan silaturahim antaran pihak sekolah , pibg dan murid-murid.Laporan shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU


Monday, May 7, 2012

Minggu Ko kurikulum "Kokurikulum untuk semua"



Salam 1 Malaysia,

SK Paka telah mengadakan Minggu Kokurikulum pada 7 Mei - 10 Mei 2012 anjuran Jawatankuasa Kokurikulum Sk Paka.

Objektif
-Mendedahkan murid dengan jenis - jenis aktiviti yang diintegrasikan diluar bilik darjah.
-Memberi input kepada murid tentang kelebihan menjalankan aktiviti kokurikulum yang beskala besar di semua peringkat.

Program

Sepanjang minggu  ini gerai jualan, Pameran Polis, Bomba, JPAM dan Kesihatan akan dibuka.