Selamat Datang

Followers

Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

PAKA ,10 JULAI-Aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini. Acara senamrobik bermula pada jam 8.00 pagi di medan perhimpunan sekolah dan seramai 900 orang murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 menyertai aktiviti tersebut.Setiap murid yang menyertai aktiviti senamrobik tersebut akan diberi 2markah penyertaan dan menerima sijil penyertaan seramrobik. Semua guru dan kakitangan sekolah turut serta menyertai acara yang menyeronokkan ini.shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, May 17, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SK PAKA 2012



PAKA 17MEI:-Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Semua murid dan guru berkumpul di sekolah bagi menjayakan program hari guru tersebut.Pelbagai acara melibatkan murid dan guru diadakan dan berjaya merapatkan silaturahim antaran pihak sekolah , pibg dan murid-murid.Laporan shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU


Monday, May 7, 2012

Minggu Ko kurikulum "Kokurikulum untuk semua"



Salam 1 Malaysia,

SK Paka telah mengadakan Minggu Kokurikulum pada 7 Mei - 10 Mei 2012 anjuran Jawatankuasa Kokurikulum Sk Paka.

Objektif
-Mendedahkan murid dengan jenis - jenis aktiviti yang diintegrasikan diluar bilik darjah.
-Memberi input kepada murid tentang kelebihan menjalankan aktiviti kokurikulum yang beskala besar di semua peringkat.

Program

Sepanjang minggu  ini gerai jualan, Pameran Polis, Bomba, JPAM dan Kesihatan akan dibuka.


Sunday, May 6, 2012

PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 1BESTARINET



1MEI,SK PAKA- Pembinaan infrastruktur 1BestariNet di Sekolah Kebangsaan Paka masih dalam proses pemasangan alatan program  1BestariNet sejak bulan Mei.Pemasangan infrasturktur 1BestariNet dijalankan oleh kontraktor lantikan pihak YTL dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia , pihak Majlis Daerah Dungun serta pihak sekolah.Pelancaran 1BestarNet Sekolah Kebangsaan Paka akan dijalankan pada tahun ini serta menggantikan program School Net.Laporan :shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM MAKANAN SIHAT 2012



Paka 24 April-Program makanan sihat anjuran Pejabat Kesihatan Dungun telah diadakan di sini semalam.Program diadakan bertujuan memberikan maklumat dan kesedaharan pentingnya makanan sihat kepada manusia. Seramai 200 orang murid Tahun 3,4, dan 5 telah mengambil bahagian dalam program tersebut.Gambar di atas menunjukan sesi fotografi pelajar bersama maskot makanan sihat iaitu 'Abang Kuman' dan 'Abang Hero;.

Wednesday, April 11, 2012

Guru Pemangkin Lahir Generasi Berintegriti

Guru Pemangkin Lahir Generasi Berintegriti

Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Wednesday, April 11, 2012
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata fungsi asas pendidikan negara untuk melahirkan insan yang bermoral dan beretika tidak boleh diabaikan bagi memastikan negara tidak terjerat dalam krisis moral dan etika yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat pada masa depan.

Katanya, dalam mengharungi arus globalisasi dan mengejar matlamat menjadi sebuah negara maju, matlamat pendidikan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu perlu terus dipegang teguh.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk sahsiah pelajar yang menjadi prasyarat utama kepada kejayaan melahirkan generasi berintegriti.

"Saya percaya, sekiranya kita sentiasa berpegang teguh kepada matlamat murni pendidikan ini, maka kita akan dapat mengelak daripada terjerat dalam krisis moral dan etika yang akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat kita pada masa hadapan," katanya.

Perkara itu menjadi cabaran kepada Malaysia dalam mencapai hasrat negara untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri, katanya menutup pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2012, di sini, Selasa.

Merujuk pengalaman beberapa negara di Eropah, Muhyiddin berkata telah muncul pemikiran baru di kalangan pemikir ekonomi Barat yang melihat penekanan keterlaluan terhadap nilai material dan persaingan ekonomi menyebabkan nilai-nilai moral dan etika yang merupakan paksi utama kewujudan sebuah masyarakat yang sejahtera, terabai.

"Ada yang mengatakan Kejatuhan Lehman Brothers dan Merill Lynch di Amerika Syarikat bukanlah disebabkan kegagalan Harvard, Yale dan Stanford melahirkan pakar-pakar ekonomi dan kewangan untuk bekerja di syarikat-syarikat gergasi dunia.

"Sebaliknya kejatuhan firma-firma ini sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan pengamal ekonomi untuk mewujudkan budaya pengurusan yang telus, bertanggungjawab dan beretika," katanya.

Justeru katanya, pada guru dipertaruhkan segala harapan untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran, dan pada masa sama mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

"Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni," katanya.

Beliau berkata dalam menjayakan hasrat itu, kepimpinan organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman yang jelas mengenai segala aspek berkaitan integriti, kelakuan dan tata tertib supaya pembudayaan integriti dapat disuburkan dalam organisasi masing-masing.

Muhyiddin turut berpandangan bahawa penilaian tahap integriti warga pendidik perlu dilaksanakan dari masa ke semasa untuk membantu Kementerian Pelajaran mengenal pasti aspek-aspek yang boleh ditambah baik.

"Usaha itu perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan budaya integriti di kalangan warga pendidik supaya tahap kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan integriti dalam perkhidmatan pendidikan dapat ditingkatkan," katanya.

Beliau berkata dalam memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi, strategi dan pelan tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif.

Pada majlis itu Muhyiddin menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan Mohd Rafee Mohamad dari Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik berupa wang tunai RM3,000, sijil, piala iringan dan piala pusingan.

Tempat kedua disandang Mohd Syafiq A.Ghani dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan tempat ketiga Mohd Fikri Mat Arit dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

- BERNAMA

Tuesday, April 10, 2012

PENYERAHAN EBOOK KAWASAN DUN PAKA


PAKA 8 APRIL-Majlis penyerahan ebook kepada semua pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan kawasan DUN Paka telah dijalankan di SMK Paka semalam. Yang Behormat Haji Zakaria ,wakil rakyat DUN Paka telah merasmi dan menuyempurnakan majlis penyerahan tersebut.shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34, 17 Feb 2012

Salam 1 Malaysia,


Pendaftaran


Sambutan

Ketibaan YB


Senarai Ahli PIBG utk tahun 2012 / 2013


Cabutan Bertuah

Penutup Mesyuarat

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012M / 1433H

Salam 1 Malaysia,


Rumah Biru

Rumah Kuning

Rumah Hijau

Rumah Merah





Wednesday, February 15, 2012

Makluman

Salam 1 Malaysia, dan




SEKEP akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK PAKA 1433H / 2012 M

Tarikh: 16 Feb 2012 ( Khamis )
Masa: 7.30pagi - 1.00ptg
Tema: Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Pelajar akan berarak mengikut Rumah Sukan mereka.





Thursday, February 9, 2012

1Bestarinet

Salam 1 Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Projek Perkhidmatan 1BestariNet mulai Januari 2012 di semua sekolah negara secara berperingkat. Apa 1BestariNet tu?


Tuesday, January 10, 2012

Majlis Persaraan Guru Besar

Salam 1 Dunia,
05 Januari 2012 - Jam 7.30pagi, warga SEKEP telah sibuk menyiapkan persiapan sambutan Majlis Persaraan Guru Besar SEKEP.


3 ekor lembu telah tumbang untuk majlis ni
Barisan murid - murid untuk menyambut kedatangan Guru Besar untuk dirai.
Setia menanti kedatangan Guru Besar
Guru Besar di Singgahsana

Sesi penyampaian hadiah kepada Guru Besar


Sesi 'Punch card terakhir'

Barisan untuk 'ucap selamat tinggal' kepada Guru Besar













Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama di Sekolah Kebangsaan Paka

Salam 1 Malaysia,
 Selamat Kembali ke sekolah kami ucapkan kepada semua warga pendidik dan para pelajar SEKEP bagi Sesi Persekolahan Tahun 2012. Syukur Alhamdulillah, tahun ini SEKEP mulai menjalani hanya 1 sesi sahaja pada tahun ini. Semoga tahun ini SKK akan cemerlang, gemilang dan terbilang daripada tahun lepas.


Pelajar tahun 1 kelihatan tekun belajar

Gelagat pelajar yang ditemani ibubapa mencari kelas




Laporan dari PK HEM - En. Amri Aman
Tahun 1 pada tahun 2012
Pelajar lelaki seramai 65 orang
Pelajar perempuan seramai 80 orang




Sunday, January 1, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2012

SALAM SEMUA PELAJAR DAN WARGA SEKEP....
SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN UNTUK TAHUN 2012? SEMANGAT SEMUA