Selamat Datang

Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut & Menjalani Ibadah Puasa 2011M / 1432H.. Selamat Berterawih

Jangan lupe bace niat semua pelajar SEKEP.............

Diharap semua pelajar SEKEP dapat menjalani ibadah puasa dengan berjaya

Selamat berterawih jugak.... utk mendapatkan lagi pahala di bulan yang mulia antara bulan yang lain.

RAMADHAN ALMUBARAK 1432H


PAKA-Warga Sekolah Kebangsaan Paka mengucapkan 'Selamat Berpuasa DiBulan Ramadhan' kepada seluruh  umat Islam di dunia ini.Semoga Allah mengampun dan memberkati ibadah kita di bulan yang mulia ini.Amin.shafida.com.my

Monday, July 18, 2011

Pertandingan OpenOffice.org

15 Julai 2011- Minit akhir membuat projek yang telah diterima... dan akhirnya salah satu kumpulan dari SEKEP menunjukkan hasil ini....

Tuesday, July 12, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2011




PAKA 12 JULAI-Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Dungun telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini dijalankan di SMK PAKA.Jam 9.00 pagi.Pertandingan kawad ini melibat pertandingan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta kawad kaki Sekolah Kebangsaan Paka telah memenangi pertandingan ini tanpa bertanding.Syabas!!.Laporan oleh shafida,

Monday, July 11, 2011

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA ALUMNI TAHUN 2002

PAKA 10 JULAI-Program Motivasi bersama Alumni SK PAKA telah dijalankan semalam. Program tersebut melibatkan seramai 80 orang pelajar Tahun Enam.Pelajar-pelajar didedahkan kemahiran mengurus diri  dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR bersama bekas pelajar SK PAKA seramai 8 orang fasilitator.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com.

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SEKEP



2 Julai, 2011... Semua pelajar tahun 4, 5, 6 serta Ibubapa dan guru-guru datang ke SEKEP untuk menjayakan Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Sunday, May 22, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011


22 MEI,PAKA-Peperiksaan Pertengahan  Tahun 2011 telah bermula dari 22Mei hingga 26 Mei 2011.Semua pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam akan menjawab soalan peperiksaan yang disediakan oleh pihak JPNT.Laporan:shafida.

Saturday, May 21, 2011

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2011

PAKA 21 MEI-Kem Kecemerlangan UPSR 2011 Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan di Rumbia Resort Paka. Program kecemerlangan diadakan selama tiga hari bermua dari  19hb.Mei hingga 21 Mei 2011.Program  Kecemerlangan ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar cemerlangan SK PAKA sebagai persiapan pelajar-pelajar Tahun Enam menghadapi ujian peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Program kecemerlangan UPSR ini dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan mendapat tajaan dari beberapa pihak seperti YB Matulidi (YB Parlimen Dungun), YB Tn.Haji Zakaria (ADUN PAKA), Petronas Ammonia dan PIBG SK PAKA. Para pelajar berasa gembira dan komited untuk belajar bersungguh-sungguh setelah mendapat tunjuk ajar guru pakar mata pelajar daerah Dungun."MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG".Laporan shafida.



Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SKPAKA 2011




16 MEI 2011-Sekolah Kebangsaan Paka telah mengadakan sambutan  hari guru peringkat sekolah. hari ini. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Bestari ,Sek.keb.Paka. Aktiviti dimulakan dengan bacaan perutusan Perdana Menteri ,Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Pendidikan Negeri.

Majlis diteruskan dengan perlawanan sukan bola sepak bagi guru lelaki dan perlawanan bola jaring bagi guru perempuan diikuti dengan pertandingan sukaneka bagi setiap rumah sukan. Guru-guru mengambil bahagian dalam setiap acara mengikut rumah sukan masing-masing.Semua guru dan murid berasa gembira dan terhibur apabila guru-guru membuat persembahan di pentas Dewan Bestari. Sekian .Laporan oleh  shafida.com.my
"GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN'

UCAPAN SELAMAT HARI GURU

16 MEI,2011-Oh guru...dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah menjadi guru..kami warga SK PAKA mengucapkan

'SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU'
Nukilan shafida

Tuesday, April 19, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

19 APRIL-Pertandingan kawad kaki telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Pertandingan dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Paka pada jam 9.00 pagi.Pertandingan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Bahagian Unit beruniform.Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit PKRS.Semua peserta gembira dan bersemangat untuk mempersembahan kawad kaki masing-masing

Tuesday, March 29, 2011

Kelas maya di semua sekolah lima tahun lagi - petikan dari SINAR HARIAN online





KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan sistem kelas maya di semua sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat permulaan untuk tahun ini, kelas maya itu akan diwujudkan di 32 sekolah terpilih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Menurutnya, projek yang banyak memberi manfaat dalam sistem pendidikan itu akan diteruskan pada tahun depan dengan 32 sekolah lagi dipilih untuk diwujudkan kelas maya.

“Terpulang kepada wakil rakyat atau PPD (Pegawai Pembangunan DUN) untuk memilih sekolah mana akan diwujudkan kelas maya ini terlebih dahulu, kita beri kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Perjumpaan bersama Pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud.

Ahmad berkata, projek itu akan menggunakan dana sedia ada yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau PPD, iaitu bantuan am sebanyak RM500,00 dan bantuan projek kecil berjumlah RM1 juta.

“Untuk beli peralatan dan ubah suai kelas maya, boleh guna peruntukan itu dulu dan kita akan tambah peruntukan lain lagi bergantung kepada kewangan negeri,” katanya.

Menurut Ahmad, kelas maya wajar diperluaskan di semua sekolah di negeri ini kerana keberkesanannya menarik minat belajar murid, sekali gus mengurangkan masalah ponteng.

“Setakat ini, tiga sekolah sudah ada kelas maya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Telok Kalong (Kemaman) dan SK Kompleks Seberang Takir,” katanya.

SK Paka jugak terpilih utk Projek Kelas Maya ini....

Thursday, March 24, 2011

JOHAN PERTANDINGAN BOJA JARING



24 MACI-Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Paka telah menjuarai pertandingan bola jaring peringat PKG PAKA semalam.Pertandingan tersebut diadakan di padang bola jaring, Sekolah Kebangsaan Paka.Pasukan bola jaring Sek.Keb.Paka memenangi pertandingan tersebut apabila berjaya menewaskan Sek.Keb.Paka II dengan jaringan sebanyak 24-4.
Laporan-shafieedahalan@yahoo.com.

Thursday, February 24, 2011

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H



Paka 23 Feb:-Suatu perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah dijalankan di kawasan sekitar Paka pada hari ini.Perarakan ini disertai oleh guru, AJK PIBG dan murid-murid sekolah. Tujuan perarakan ini adalah untuk menghormati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia.Murid-murid berasa gembira dan ceria sewaktu perarakan tersebut dijalankan. Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com

KURSUS KEJURULATIHAN SAHABAT-PETRONAS PPDa PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011


Kota Bharu 21hb.Feb:-Kursus kejurulatihan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Terengganu telah dijalankan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan selama tiga hari. Program tersebut disediakan bagi melatih guru-guru sekolah menengah/rendah menjadi jurulatih PPDa di sekolah.En.Shafiee bin Dahalan mewakili Sekolah Kebangsaan Paka turut serta menjalankan pelbagai aktiviti sewaktu kursus tersebut dijalankan.Laporan disediakan oleh shafieedahalan@yahoo.com