Selamat Datang

Followers

Monday, November 15, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2010


Paka 15 November-Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Paka telah dijalankan di Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan Paka semalam.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kawasan Paka, YB Haji Mohd Ariffin bin Abdullah.Berbagai hadiah dan anugerah telah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya di bidang Kurikulum dan Kokurikulum. Ramai ibubapa telah hadir dan memberikan sokongan padu kepada majlis tersebut .Majlis berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.shafieedahalan@yahoo.com

Saturday, September 4, 2010

MAJLIS PERSARAAN GPK AKADEMIK


SK PAKA,2 SEPT- Satu Majlis Perpisahan Guru Penolong Kanan Akademik,telah berlangsung di Dewan Bestari ,Sekolah Kebangsaan Paka hari ini.Majlis tersebut diadakan khusus bagi menghargai perkhidmatan Tuan Haji Abdul Latif selama 35 tahun di dunia perguruan sebagai pendidik.Jasamu tetap dikenang selamanya.Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi Cikgu Abdul Latif dan keluarga.Amin.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, August 26, 2010

KEPUTUSAN SISTEM RUMAH SK PAKA BULAN SEPTEMBER 2010

RUMAH MERAH..........................1175

RUMAH HIJAU............................1285

RUMAH KUNING.........................1288

RUMAH BIRU..............................1549


*Sumber Maklumat:En.Noorli bin Muhamad(Penyelaras Sistem Rumah SK PAKA)

Tuesday, August 10, 2010

Sesi fotografi staff sk paka


30 Julai - Sesi fotografi staff SK Paka telah dijalankan pada minggu akhir bulan Julai 2010.Semua kelas, unit beruniform telah mengambil bahagian dalam majlis ini.Aktiviti ini dijalankan sebagai rekod dan mencatat memori kepada semua warga SK Paka.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, September 8, 2009

LENCANA SEKOLAH




Ianya berbentuk membujur di bahagian atas dan bawah. Bahagian atasnya agak tajam. Di sebelah atas bahagian kiri adalah lambang kedaulatan Raja Terengganu yang menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan selaku pemerintah negeri.

Di sebelah atas bahagian kanan adalah sebuah pelita yang di atasnya ada dua buah buku. Ini adalah melambangkan bahawa dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi akan menerangani kehidupan seseorang di masa akan datang.

Di tengah-tengah bahagian bawah terdapat lima gelang yang bercantum. Ini melambangkan bahawa sekolah juga sangat mementingkan sukan dan permainan sebagai akviti kokurikulum yang berjalan seiring dengan kurikulum sekolah.

Cogankata sekolah di letakkan di bahagian bawah lencana dengan kata-kata “ ILMU PENGETAHUAN SULUH PENGHIDUPAN “. Manakala di bahagian paling bawah diletakkan nama dan alamat sekolah dalam bentuk seakan-akan kain rentang yang dibelit-belitkan.

LIRIK LAGU SEKOLAH

LIRIK LAGU SEKOLAH

MAJU SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA

Padamu kusandar harapan
Didik kami moga berjaya
Jadi insane berguna
Untuk bangsa Negara
Agama tak dilupa

Gigih usaha tiada terhenti
Tanam sikap yakinkan diri
Guru kita hormati
Bentuk disiplin diri
Cabaran diharungi

Marilah bersama
Melangkah dengan bangga
Berjuang membela
Maju Sekolah Kebangsaan paka

FALSAFAH & MOTTO SEKOLAH

FALSAFAH
Bahawa sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Paka adalah pelaksana Misi dan Visi Sekolah bagi menyediakan murid yang dapat mengikuti perkembangan pendidikan semasa dengan fikiran yang KRITIS, KREATIF dan INOVATIF berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

MOTTO
Moto Sekolah Kebangsaan Paka ialah “ SEKEP BOLEH “ .