Selamat Datang

Followers

Tuesday, November 17, 2015

MAJLIS 'IDUL ILMI 2015

17 Nov-Majlis 'Idul Ilmi 2015 telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Semua murid yang berjaya mencatat keputusan cemerlang Kurikulum, Hal Ehwa Murid dan Ko Kurikulum menerima hadiah.Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mustafa bin Abdul Rahman.shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, October 15, 2015

Hari KO - KU Anjuran Sekolah Kebangsaan Paka

Kedatangan anda semua dialu - alukan untuk memeriahkan program Hari KO - KU anjuran Sekolah Kebangsaan Paka, Lorong 1, Kampung Limbong, 23100 Paka, Terengganu.

Saturday, October 10, 2015

Pelancaran Hari Sukan Negara


10 Oktober 2015-Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini.Majlis dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat di medan perhimpunan sekolah.Ramai murid-murid hadir dan bersama semua guru bersama menjalankan senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara di ketuai oleh Cikgu Azman.Laporan oleh shafieedahalan@gmail.com

Monday, August 3, 2015

GERAK GEMPUR 40 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN UPSR 2015

Tuesday, June 23, 2015

CERAMAH PERDANA BULAN RAMADHAN


22 JUN- Ceramah perdana peringkat sekolah telah diadakan di sini semalam. Ceramah bertajuk " Bulan Ramadhan Membentuk Peribadi:" disampaikan seorang Ustaz dari Yayasan Negeri Terengganu. Semua murid berkumpul di Dewan Ilmi. Jam 11.45 pagi

Friday, May 29, 2015

KURSUS PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


27MEI, 2015-Penataran Kursus Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah diadakan semalam di Makmal Komputer 2, SK PAKAFasilitator kursus Pn.Salina bt Abd Rahman , Guru Besar SK PAKA. 

PROGRAM KEM KECEMERLANGAN TAHUN ENAM


21Mei,2014-Program Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada hari ini.Program kecemerlangan ini diadakan di Mayang Sari Dungun.Gurguru pakar mata pelajaran teras telah dijemput bagi membimbing pelajar-pelajar teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.shafieedahalan@gmail.com

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA


MEI 2015-Program gotong-royong perdana anjuran Kementerian Kesihatan Dungun dan Majlis Daerah Dungun telah diadakan di Pusat Perniagaan Paka semalam.Komuniti setempat Paka telah dijemput dan bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran Paka.shafieedahalan@gmail.com

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6


Mei 2015-Program Motivasi Pelajar Tahun Enam telah diadakan di SK PAKA Dua motivator dari UPSI telah dijemput bagi memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015.shafieedahalan@gmail.com

Thursday, May 21, 2015

Sambutan Hari Guru 2015


 NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA



PERMAINAN SUKAN RAKYAT BERMULA





Sunday, May 17, 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA



Sabtu, 16 MEI 2015-Pada hari ini , warga Sekolah Kebangsaan Paka telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Dataran Cahaya, Pusat Perniagaan Paka.Seramai 135 orang murid dan 67 orang guru mengambil bahagian aktiviti gotong-royong tersebut.
'DUNGUN BERSIH, SELAMAT DARI DENGGI'

Wednesday, May 13, 2015

#sayasayanggurusaya , #sayangguru

Kredit fb Dato' Seri Idris Jusoh

‪#‎SayangGuru‬ Competition.
In conjunction with the 2015 Teachers' Day, I would like to invite all students, in schools and institutions of higher learning, and members of the public, to participate in this competition. Share inspirational stories of your beloved teachers and stand to win prizes (that you can even share with them). Link to the competition below smile emoticon
Pertandingan #SayangGuru
Sempena Hari Guru yang bertemakan 'Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak', saya ingin menjemput semua pelajar sekolah, UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti serta orang awam untuk menyertai pertandingan #SayangGuru. Jom berkongsi cerita inspirasi mengenai guru kesayangan anda! smile emoticon


Sunday, February 1, 2015

MAJLIS PELANCARAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN 2015

1 Feb,2015-Majlis pelancaran watikah pelantikan pengawas baru bagi tahun2015 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka pagi tadi.Seramai 230 orang pemimpin muda dari unit pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pemimpin rakan sebaya, pengawas koperasi sekolah serta ketua dan penolong bilik darjah telah menerima perlantikan tersebut.Perasmian perlantikan watikah telah disempurnakan oleh Sarjan Mejar Mashudi bin Hasan Muraji dari Balai Polis, Paka.

Wednesday, January 21, 2015

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)


21 Januari 2015 -Bantuan Khas Awal Persekolahan , Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan  pada hari ini.Jam 11.00 pagi.Bertempat Dewan Ilmi, Sekolah Kebangsaan Paka.Majlis bantuan persekolahan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, En.Mustafa bin Abdul Rahman.Murid-murid dan ibubapa berasa gembira menerima bantuan persekolahan tersebut.

Sunday, January 11, 2015

FIRST DAY, FIRST BELL, FIRST LESSON



11 Januari 2015 - Hari pertama persekolahan SEKEP berjalan lancarAktiviti pertama ialah majlis perhimpunan sekolah. Hari pertama ramai ibubapa datang dan menghantar anak ke sekolah hari pertama, kali pertama.Cuaca sedikit mendung, walau bagaimanapun sesi perhimpunan tetap dijalankan.