Selamat Datang

Followers

Monday, December 29, 2014

KEHILANGAN AIR ASIA QZ8501





Kemalangan  pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura menyedihkan.Semoga semua penumpang dan kakitangan penerbangan dijumpai semula.Salam takziah dari kami..warga SK.PAKA. Al Fatihah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015


SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PENDUDUK DI DUNIA INI.SEMOGA TAHUN 2015, ALLAH SWT MEMBAWA KESELAMATAN DAN KEBERKATAN KEPADA KITA.AMIN

Friday, November 14, 2014

Hari Karnival Pendidikan Kerjaya dan ICT


11hb.Nov.2014-Hari Karnival Pendidikan Kerjaya dan ICT telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 9.00 pagi.Bertempat di Dewan Ilmi,SK PAKA.Pelbagai pihak seperti pihak polis, bomba ,Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Agensi Anti Dadah (AADK)telah dijemput menjayakan karnival tersebut.Laporan oleh shafieedahalan

Sunday, July 13, 2014

LAWATAN /ZIARAHI WARGA EMAS

8hb.Mei 2014-Sekumpulan guru dan murid mengambil kesempatan menziarai warga emas SK PAKA,En.Zakaria bin Hamzah yang mengalami masalah kesihatan baru-baru ini.Lawatan ini turut bergotong-royong membersihkan rumah warga emas tersebut.

Wednesday, July 2, 2014

PENGGUNAAN CHROME BOOK DI DALAM KELAS

Murid-murid Tahun 4 Rafflesia menggunakan chrome book sewaktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia bersama guru matapelajaran Pn.Norhayati Azaini bt Mohamad.Penggunaan chromebook meningkatkan semangat murid untuk belajar dan mendapati pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan guru dan murid sewaktu pdp.

BACAAN AL QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN

Aktiviti bacaan Al Quran dijalankan pada waktu rehat bagi murid Tahap 1 dan murid Tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Paka sepanjang bulan Ramadhan.

Wednesday, January 1, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SK PAKA , TAHUN 2014

SK.PAKA 1 JAN-Hari pertama persekolahan bagi tahun 2014 bermula pada hari ini. Semua murid hadir dan masuk ke dalam kelas seterusnya memulakan pembelajaran pada hari pertama.Murid-murid gembira kerana dapat hadir ke sekolah bersama kawan-kawan."Selamat Tahun Baru 2014" kepada semua murid di Malaysia.

Sunday, December 29, 2013

PENDAFTARAN PELAJAR SK PAKA TAHUN 2014

SK.PAKA 29 DIS-Sesi pendaftaran para pelajar Sekolah Kebangsaan Paka telah dijalankan pada hari ini.Semua ibubapa dan para pelajar hadir dan mendaftar kehadiran bagi sesi persekolahan bagi Tahun 2014

MESYUARAT GURU SK PAKA KALI PERTAMA TAHUN 2014

SPAKA 28 Dis-Mesyuarat Guru kali pertama telah diadakan di Makmal Komputer semalam.Semua guru hadir dan mendapat agihan tugas masing-masing."SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA GURU".

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga Sekolah Kebangsaan Paka.Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kita insyaallah.

Wednesday, December 18, 2013

TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2014 SMK PAKA : KELAS KRK

TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2014
SMK PAKA : KELAS KRK
PERHATIAN KEPADA PELAJAR - PELAJAR BERIKUT:
  1.   NURAINA AFIKAH BT ZAINUDIN
  2.  RAIHANA AQILAH BT HAMIDI
  3.  MUHAMMAD IZZAT ZARIF B ZAINUDDIN
  4.  NOOR AKMA IZZATIE BT MOHD IDRIS
  5.  SYAMIRA AZLLIN BT ZAMMARI
  6.  NOOR SYAHIDA ELIENA BT MOHD YUSOFF
  7. NUR ALYA SYAFIKAH BT ZAINUDDIN
  8. CHE WAN NUR AFIFAH HUSNA BT CHE WAN JAAFAR
  9. MUHAMMAD ZULHAIKAL B ZAMRI
  10.  MUHAMMAD HANIF B HARUN
  11. SYAZWANI BT YUSOF

ANDA DIKEHANDAKI MENGAMBIL SURAT TAWARAN DI SK PAKA DENGAN SEGARA KERANA PADA 29 DIS 2013 JAM 8.30 PAGI, ANDA SEMUA PERLU MELAPOR DIRI DI SMK PAKA.


Thursday, November 14, 2013

PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR .2013

SK PAKA 14 NOV-Keputusan pencapaian peperiksaan UPSR , SK PAKA telah diumumkan hari ini di Dewan Idul Ilmi..Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Aminuddin bin Yazit telah menyerahkan slip peperiksaan UPSR kepada semua pelajar.Seramai 12 orang pelajar berjaya mencatat keputusan 5A UPSR manakala 12 pula berjaya memperolelhi keputusan 4A IB.Tahniah dan syabas kepada semua murid.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SK PAKA TAHUN 203



SK PAKA 13NOV.Majlis Penyampaian Hadiah tahun 2013 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam.Majlis bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Idul 'Ilmi dan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG, En Wan Zainuddin bin Wan Isa.

Saturday, October 12, 2013

Lawatan pelajar Syed Fakrullah

Pelajar Tahun 6 Orchid masuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana masalah buah pinggang.

PESERTA PERTANDINGAN ACTION SONG

Congratulations to all of you!!!