Selamat Datang

Followers

Thursday, November 14, 2013

PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR .2013

SK PAKA 14 NOV-Keputusan pencapaian peperiksaan UPSR , SK PAKA telah diumumkan hari ini di Dewan Idul Ilmi..Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Aminuddin bin Yazit telah menyerahkan slip peperiksaan UPSR kepada semua pelajar.Seramai 12 orang pelajar berjaya mencatat keputusan 5A UPSR manakala 12 pula berjaya memperolelhi keputusan 4A IB.Tahniah dan syabas kepada semua murid.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SK PAKA TAHUN 203



SK PAKA 13NOV.Majlis Penyampaian Hadiah tahun 2013 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam.Majlis bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Idul 'Ilmi dan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG, En Wan Zainuddin bin Wan Isa.

Saturday, October 12, 2013

Lawatan pelajar Syed Fakrullah

Pelajar Tahun 6 Orchid masuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana masalah buah pinggang.

PESERTA PERTANDINGAN ACTION SONG

Congratulations to all of you!!!

Thursday, September 19, 2013

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

19 SEPT-Majlis  penutup sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-56 telah diadakan di SK PAKA hari ini. Semua warga SK PAKA berkumpul mendengar ucapan GPK Pn.Hjh.Maudah memberikan ucaptama dan seterusnya menyanyikan lagu kemerdekaan Malaysia.



Wednesday, September 18, 2013

PENDAFTARAN SBP

SK PAKA 18 SEPT-Taklimat pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh telah diadakan di Makmal Komputer, SK PAKA semalam.Taklimat disampaikan oleh Pn.Rofin

i kepada semua pelajar dan ibubapa.

ORIENTASI SEKOLAH MENENGAH


SK PAKA 18 SEPT-Orientasi Sekolah Menengah  telah diadakan kepada semua pelajar Tahun Enam SK PAKA semalam.Kategori dan jenis sekolah menengah di Malaysia telah dimaklumkan kepada pelajar oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK PAKA

Tuesday, September 10, 2013

UPSR 2013 - 10 - 12 sept 2013





Thursday, August 29, 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA SEKEP 2013

SK PAKA 29 OGOS-Majlis mnyambut Hari  Kemerdekaan Malaysia kali ke-56  telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini.Semua warga sekolah berkumpul menyanyikan Lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos 1957, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com


Friday, August 2, 2013

MAJLIS ANUGERAH PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA PELAJAR MISKIN SK PAKA

SK PAKA,8 OGOS- Majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin telah diadakan semalam.Majlis dilaksanakan di Dewan Ilmi, SK PAKA.Jam 1.00 pagi.Seramai 120 orang pelajar menerima bantuan kewangan yang disampaikan oleh Encik Aminuddin bin Yazit(Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Paka.Sebelum bersurai, semua murid dan guru-guru bersalam-salaman antara satu sama lain, memohon kemaafan dan merapatkan silaturahim.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com



PELAJAR CATAT KEPUTUSAN CEMERLANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

2 OGOS-Pelajar berjaya mencatat keputusan cemerlang 5A UPSR selepas menduduki peperiksaan cemerlang UPSR  yang diadakan pada bulan Julai lalu.Seramai 7 orang berjaya mencatat keputusan 5A dan 9 orang lagi berjaya mencatat 4A 1B.shafieedahalan@yahoo.com

Sunday, July 21, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1334H/S2013


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H diucap kepada semua umat Islam seluruh dunia.Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kita di dunia dan di akhirat.
Maaf Zahir & Batin.shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, July 10, 2013

Niat Berpasa Di Bulan Ramadhan

SK PAKA,10 JULAI- Kepada semua umat Islam, di sini disertakan bacaan niat berpuasa di bulan Ramadhan.Selamat Berpuasa.Daripada shafieedahalan@gmail.com

MARHABAN YA RAMADHAN 1434H

SK PAKA,10 JULAI- Marhaban Ya Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.Selamat berpuasa dan beramal ibadat di bulan mulia ini.Daripada warga SK PAKA.

Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU SK PAKA 2013

17Mei 2013-Sekolah Kebangsaan Paka telah menyambut Hari Guru semalam di Dewan Ilmi, semalam. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan seperti perhimpunan semua warga sekolah, acara sukaneka dan persembahan guru dan murid. Majlis makan high-tea jua telah diadkan di Dewan  Bidara ,UITM.Cikgu Zainordin, guru bertukar kerana kenaikan pangkat juga telah dijemput untuk bersama menyambut hari guru.Dari shafieedahalan@yahoo.com