Selamat Datang

Followers

Tuesday, September 10, 2013

UPSR 2013 - 10 - 12 sept 2013





Thursday, August 29, 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA SEKEP 2013

SK PAKA 29 OGOS-Majlis mnyambut Hari  Kemerdekaan Malaysia kali ke-56  telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini.Semua warga sekolah berkumpul menyanyikan Lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos 1957, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com


Friday, August 2, 2013

MAJLIS ANUGERAH PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA PELAJAR MISKIN SK PAKA

SK PAKA,8 OGOS- Majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin telah diadakan semalam.Majlis dilaksanakan di Dewan Ilmi, SK PAKA.Jam 1.00 pagi.Seramai 120 orang pelajar menerima bantuan kewangan yang disampaikan oleh Encik Aminuddin bin Yazit(Guru Besar) Sekolah Kebangsaan Paka.Sebelum bersurai, semua murid dan guru-guru bersalam-salaman antara satu sama lain, memohon kemaafan dan merapatkan silaturahim.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com



PELAJAR CATAT KEPUTUSAN CEMERLANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

2 OGOS-Pelajar berjaya mencatat keputusan cemerlang 5A UPSR selepas menduduki peperiksaan cemerlang UPSR  yang diadakan pada bulan Julai lalu.Seramai 7 orang berjaya mencatat keputusan 5A dan 9 orang lagi berjaya mencatat 4A 1B.shafieedahalan@yahoo.com

Sunday, July 21, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1334H/S2013


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H diucap kepada semua umat Islam seluruh dunia.Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kita di dunia dan di akhirat.
Maaf Zahir & Batin.shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, July 10, 2013

Niat Berpasa Di Bulan Ramadhan

SK PAKA,10 JULAI- Kepada semua umat Islam, di sini disertakan bacaan niat berpuasa di bulan Ramadhan.Selamat Berpuasa.Daripada shafieedahalan@gmail.com

MARHABAN YA RAMADHAN 1434H

SK PAKA,10 JULAI- Marhaban Ya Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.Selamat berpuasa dan beramal ibadat di bulan mulia ini.Daripada warga SK PAKA.

Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU SK PAKA 2013

17Mei 2013-Sekolah Kebangsaan Paka telah menyambut Hari Guru semalam di Dewan Ilmi, semalam. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan seperti perhimpunan semua warga sekolah, acara sukaneka dan persembahan guru dan murid. Majlis makan high-tea jua telah diadkan di Dewan  Bidara ,UITM.Cikgu Zainordin, guru bertukar kerana kenaikan pangkat juga telah dijemput untuk bersama menyambut hari guru.Dari shafieedahalan@yahoo.com


Thursday, March 28, 2013

ACARA MERENTAS DESA SK PAKA

22 Mac, 2013- Acara Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Larian merentas desa ini melibatkan semua murid SK PAKA. Sebelum larian murid-murid dan semua guru mengadakan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Muharam. Semua murid dan guru berasa ceria dan seronok pabila melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah.SYABAS !!!

ENGLISH CO-ACADEMIC

15 Mac, 2013- Majlis pertandingan English Co-Academy Competition Paka Zone telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Sebanyak 7 buah sekolah menyertai pertandinan tersebut.Acara-acara yang dipertandingkan ialah Action Song, Story Telling dan Public Speaking. Sekolah Kebangsaan Paka muncul juara action song dan akan mewakili PKG Paka keperingkat Daerah nanti. Well done SK PAKA !!!


Ceramah WWF

5 Mac, 2013-Majlis ceramah oleh pihak WWF (World Widelife Foundation) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka semalam.Ceramah bertujuan memberi kesedaran akan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar fauna dan flora.Ceramah disampaikan oleh agen WWF iaitu Mr.Fernandez dan rakan Mr Raja Krisnan di Dewan Ilmi'Sekolah Kebangsaan Paka .

Wednesday, February 20, 2013

TEMU MURNI IBUBAPA BERSAMA UNIT UPSR


PAKA,20 FEB-Program temu murni di antara ibubapa, PIBG dan unit UPSR Sekolah Kebangsaaan Paka telah dilakukan ada hari ini di Dewan Bestari, SK PAKA. Jam 11.00 pagi.shafieedahalan@yahoo.com

Tuesday, February 19, 2013

SMART ENGLISH COMPETITION


19 FEB- Smart English Competition telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Pada pertandingan ini, murid-murid Tahap Dua menjalani pertandigan spelling mengikut rumah sukan masing-masing. Pertandigan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris. 

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35



16 Feb-Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Kebangsaan Paka kali ke 35 telah diadakan semalam. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yb Tn.Haji Zakaria@Mohd Ariffin bin Abdullah.Mesyuarat diadakan di Dewan Bestari SK PAKA.

Thursday, February 7, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR


Paka 7 Feb-Majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H  peringkat Sekolah Kebangsaan Paka semalam. Majlis  dimulakan pada jam 8.00 pagi di medan perhimpunan setelah murid mendengar taklimat dari Penyelaras Sambutan Maulidur Rasul, Ustaz Othman bin Che Yusuf.Semua murid dan guru berarak sambil berselawat ke atas Nabi  s.a.w di kawasan sekitar Paka.Berbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan melukis , nasyid dan membaca sajak telah diadakan bagi meraikan majlis sambutan.shafieedahalan@yahoo.com