Selamat Datang
PENTADBIRAN
Followers
Wednesday, September 28, 2011
PROGRAM MOTIVASI TAHUN LIMA
PAKA 27 Sept-Satu program Motivasi telah dijalankan di SK PAKA hari ini. Program ini dijalankan khusus buat semua pelajar Tahun Lima sebagai persediaan melangkah ke Tahun Enam.Melalui program ini pelajar didedahkan membina konmitmen untuk meletakkan diri pelajar sebagai pelajar motivasi dan cemerlang. Fasilitator Smart Motivation telah dijemput untuk memberi motivasi tersebut kepada semua pelajar. Laporan oleh shafida.
PROGRAM ICT
PAKA 27 Sept-Program ICT peringkat Sekolah Kebangsann Paka telah dijalankan mulai hari ini .Seramai 145 orang pelajar Tahun Enam menyertai program ICT bagi tahun ini. Program ini berlangsung selama dua minggu dan dijalankan di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsan Paka. Melalui program ini semua pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakan ebook.Pelbagai aplikasi dan program didedahkan kepada pelajar seperti Microsoft Office, Internet/Facebook dan Print Artist.Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT.Laporan oleh Shafida.
Monday, September 12, 2011
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2011
Assalamualaikum w.b.t semua pelajar UPSR SEKEP 2011...
Kami dari Guru -guru serta warga SEKEP, mengucapkan SELAMAT MENEMPUHI PEPERANGAN UPSR 2011.... Kami doakan kejayaan anda semua...
~ Tips untuk anda ~
~ Tips akhir ~
Kami dari Guru -guru serta warga SEKEP, mengucapkan SELAMAT MENEMPUHI PEPERANGAN UPSR 2011.... Kami doakan kejayaan anda semua...
~ Tips untuk anda ~
- Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
- Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
- Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
- Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran
- Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
- Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
- Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?
- Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.
- Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
- Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru....
~ Tips akhir ~
1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah
“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)
2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan
"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.
3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan
Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.
4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar)
5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)
Tuesday, August 23, 2011
Selamat Menyambut Aldilfitri 1432H & Hari Kemerdekaan yg Ke - 54, 2011
Salam semua pelajar SEKEP dan semua warga SEKEP, serta semua pengikut blog SEKEP ini,
Kami mewakili warga SEKEP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kami memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesilapan serta kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja dari pihak kami lakukan.
Hati - hati ketika menyambut Aidilfitri... Jangan main mercun dan bunga api ye adik - adik..
Kami berdoa agar keselamatan ketika memandu ke mana - mana destinasi anda... Hati - hati tau... jangan laju sangat... Ingatlah orang tersayang menunggu kita di Aidilfitri
Tahun ini kita berkongsi tarikh dengan Hari Kemerdakaan yang ke - 54... kita sebagai warganegara Malaysia yang sambil beraya tu..
Kita bangga menjadi anak Malaysia
Jangan lupa ye kibarkan bendera sambil beraya
Kami mewakili warga SEKEP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kami memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesilapan serta kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja dari pihak kami lakukan.
Tahun ini kita berkongsi tarikh dengan Hari Kemerdakaan yang ke - 54... kita sebagai warganegara Malaysia yang sambil beraya tu..
Sunday, July 31, 2011
Selamat Menyambut & Menjalani Ibadah Puasa 2011M / 1432H.. Selamat Berterawih
RAMADHAN ALMUBARAK 1432H
PAKA-Warga Sekolah Kebangsaan Paka mengucapkan 'Selamat Berpuasa DiBulan Ramadhan' kepada seluruh umat Islam di dunia ini.Semoga Allah mengampun dan memberkati ibadah kita di bulan yang mulia ini.Amin.shafida.com.my
Monday, July 18, 2011
Pertandingan OpenOffice.org
15 Julai 2011- Minit akhir membuat projek yang telah diterima... dan akhirnya salah satu kumpulan dari SEKEP menunjukkan hasil ini....
Tuesday, July 12, 2011
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2011
PAKA 12 JULAI-Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Dungun telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini dijalankan di SMK PAKA.Jam 9.00 pagi.Pertandingan kawad ini melibat pertandingan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta kawad kaki Sekolah Kebangsaan Paka telah memenangi pertandingan ini tanpa bertanding.Syabas!!.Laporan oleh shafida,
Monday, July 11, 2011
PROGRAM MOTIVASI BERSAMA ALUMNI TAHUN 2002
PAKA 10 JULAI-Program Motivasi bersama Alumni SK PAKA telah dijalankan semalam. Program tersebut melibatkan seramai 80 orang pelajar Tahun Enam.Pelajar-pelajar didedahkan kemahiran mengurus diri dan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR bersama bekas pelajar SK PAKA seramai 8 orang fasilitator.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com.
Saturday, July 2, 2011
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SEKEP
2 Julai, 2011... Semua pelajar tahun 4, 5, 6 serta Ibubapa dan guru-guru datang ke SEKEP untuk menjayakan Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.
Sunday, May 22, 2011
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
22 MEI,PAKA-Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 telah bermula dari 22Mei hingga 26 Mei 2011.Semua pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam akan menjawab soalan peperiksaan yang disediakan oleh pihak JPNT.Laporan:shafida.
Saturday, May 21, 2011
KEM KECEMERLANGAN UPSR 2011
PAKA 21 MEI-Kem Kecemerlangan UPSR 2011 Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan di Rumbia Resort Paka. Program kecemerlangan diadakan selama tiga hari bermua dari 19hb.Mei hingga 21 Mei 2011.Program Kecemerlangan ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar cemerlangan SK PAKA sebagai persiapan pelajar-pelajar Tahun Enam menghadapi ujian peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Program kecemerlangan UPSR ini dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan mendapat tajaan dari beberapa pihak seperti YB Matulidi (YB Parlimen Dungun), YB Tn.Haji Zakaria (ADUN PAKA), Petronas Ammonia dan PIBG SK PAKA. Para pelajar berasa gembira dan komited untuk belajar bersungguh-sungguh setelah mendapat tunjuk ajar guru pakar mata pelajar daerah Dungun."MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG".Laporan shafida.
Program kecemerlangan UPSR ini dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan mendapat tajaan dari beberapa pihak seperti YB Matulidi (YB Parlimen Dungun), YB Tn.Haji Zakaria (ADUN PAKA), Petronas Ammonia dan PIBG SK PAKA. Para pelajar berasa gembira dan komited untuk belajar bersungguh-sungguh setelah mendapat tunjuk ajar guru pakar mata pelajar daerah Dungun."MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG".Laporan shafida.
Monday, May 16, 2011
SAMBUTAN HARI GURU SKPAKA 2011
16 MEI 2011-Sekolah Kebangsaan Paka telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. hari ini. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Bestari ,Sek.keb.Paka. Aktiviti dimulakan dengan bacaan perutusan Perdana Menteri ,Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Pendidikan Negeri.
Majlis diteruskan dengan perlawanan sukan bola sepak bagi guru lelaki dan perlawanan bola jaring bagi guru perempuan diikuti dengan pertandingan sukaneka bagi setiap rumah sukan. Guru-guru mengambil bahagian dalam setiap acara mengikut rumah sukan masing-masing.Semua guru dan murid berasa gembira dan terhibur apabila guru-guru membuat persembahan di pentas Dewan Bestari. Sekian .Laporan oleh shafida.com.my
"GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN'
UCAPAN SELAMAT HARI GURU
16 MEI,2011-Oh guru...dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah menjadi guru..kami warga SK PAKA mengucapkan
'SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU'
Nukilan shafida
'SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU'
Nukilan shafida
Tuesday, April 19, 2011
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
19 APRIL-Pertandingan kawad kaki telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Pertandingan dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Paka pada jam 9.00 pagi.Pertandingan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Bahagian Unit beruniform.Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit PKRS.Semua peserta gembira dan bersemangat untuk mempersembahan kawad kaki masing-masing
Tuesday, March 29, 2011
Kelas maya di semua sekolah lima tahun lagi - petikan dari SINAR HARIAN online
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan sistem kelas maya di semua sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat permulaan untuk tahun ini, kelas maya itu akan diwujudkan di 32 sekolah terpilih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
Menurutnya, projek yang banyak memberi manfaat dalam sistem pendidikan itu akan diteruskan pada tahun depan dengan 32 sekolah lagi dipilih untuk diwujudkan kelas maya.
“Terpulang kepada wakil rakyat atau PPD (Pegawai Pembangunan DUN) untuk memilih sekolah mana akan diwujudkan kelas maya ini terlebih dahulu, kita beri kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Perjumpaan bersama Pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud.
Ahmad berkata, projek itu akan menggunakan dana sedia ada yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau PPD, iaitu bantuan am sebanyak RM500,00 dan bantuan projek kecil berjumlah RM1 juta.
“Untuk beli peralatan dan ubah suai kelas maya, boleh guna peruntukan itu dulu dan kita akan tambah peruntukan lain lagi bergantung kepada kewangan negeri,” katanya.
Menurut Ahmad, kelas maya wajar diperluaskan di semua sekolah di negeri ini kerana keberkesanannya menarik minat belajar murid, sekali gus mengurangkan masalah ponteng.
“Setakat ini, tiga sekolah sudah ada kelas maya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Telok Kalong (Kemaman) dan SK Kompleks Seberang Takir,” katanya.
SK Paka jugak terpilih utk Projek Kelas Maya ini....
Thursday, March 24, 2011
JOHAN PERTANDINGAN BOJA JARING
24 MACI-Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Paka telah menjuarai pertandingan bola jaring peringat PKG PAKA semalam.Pertandingan tersebut diadakan di padang bola jaring, Sekolah Kebangsaan Paka.Pasukan bola jaring Sek.Keb.Paka memenangi pertandingan tersebut apabila berjaya menewaskan Sek.Keb.Paka II dengan jaringan sebanyak 24-4.
Laporan-shafieedahalan@yahoo.com.
Thursday, February 24, 2011
PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
Paka 23 Feb:-Suatu perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah telah dijalankan di kawasan sekitar Paka pada hari ini.Perarakan ini disertai oleh guru, AJK PIBG dan murid-murid sekolah. Tujuan perarakan ini adalah untuk menghormati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia.Murid-murid berasa gembira dan ceria sewaktu perarakan tersebut dijalankan. Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com
KURSUS KEJURULATIHAN SAHABAT-PETRONAS PPDa PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011
Kota Bharu 21hb.Feb:-Kursus kejurulatihan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Terengganu telah dijalankan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan selama tiga hari. Program tersebut disediakan bagi melatih guru-guru sekolah menengah/rendah menjadi jurulatih PPDa di sekolah.En.Shafiee bin Dahalan mewakili Sekolah Kebangsaan Paka turut serta menjalankan pelbagai aktiviti sewaktu kursus tersebut dijalankan.Laporan disediakan oleh shafieedahalan@yahoo.com
Sunday, February 20, 2011
Sambutan Maulidur Rasul 2011 / 1432H
Paka,20 Feb:-Satu ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul tahun 2011 / 1432H telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Ceramah bertajuk "Muhamad s.a.w Insan Terpuji, Kekasih Allah s.w.t" disaksikan murid-murid seramai 466 orang pelajar di Dewan Bestari, Sek.Keb.Paka.1 Ummah 1 Malaysia.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com
Wednesday, February 16, 2011
TAHNIAH BUAT AHMAD SYAKIRIN
PAKA 10 FEB:Ucapan tahniah buat pelajar cemerlang SK PAKA, Ahmad Syakirin Aidil bin Mohd Saidin kerana telah mengetuai pembacaan ikrar akujanji kepada Menteri Besar Terengganu sempena Majlis Penerimaan Ebook kepada pelajar Tahun Lima di Sekolah Menengah Paka tempoh hari.Bersama Melestari Pendidikan Terbilang.shafieedahalan@yahoo.com
Agihan eBOOK DUN Paka 2011 ~ petikan dari laman web JPNT
10 Februari 2011 - Majlis Penyerahan eBOOK DUN Paka telah diadakan di SMK Paka. Y.A.B.Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu telah hadir untuk menyampaikan eBOOK kepada 15 buah sekolah di DUN tersebut dimana sebanyak 1217 buah eBOOK telah disampaikan kepada murid-murid tahun 5 sekolah terbabit. Turut sama hadir di majlis pengagihan itu, En A. Ghani bin Awang, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling, JPNT sebagai wakil Pengarah JPNT, YB Haji Matulidi Bin Jusoh Ahli Parlimen Dungun, YB Datuk Hj Zaabar Bin Dato Hj Mohd Adib, Exco Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam dan Tuan Haji Zulkafa Bin Zakaria, Timbalan PPD Dungun.
Majlis bermula pada jam 3.30 petang dengan Nanyian Lagu Negaraku diikuti bacaan doa, kemudian diikuti dengan ucapan En A. Ghani bin Awang, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPNT, diikuti oleh YB Haji Matulidi Bin Jusoh Ahli Parlimen Dungun. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Y.A.B.Dato' Seri Haji Ahmad bin Said , Menteri Besar Negeri Terengganu. Majlis diteruskan dengan pengagihan eBOOK Sekolah-Sekolah di DUN tersebut dan diakhir dengan bacaan ikrar.
Penyerahan eBOOK kepada SK TEBING TEMBAH sebanyak 48 buah eBOOK, SK Kampung Nyior sebanyak 87 buah eBOOK, SK Paka sebanyak150 buah eBOOK, SK Sura sebanyak 251 buah eBOOK, SK Santong sebanyak 20 buah eBOOK, SK Durian Mentangau sebanyak 16 buah eBOOK, SK (Felda) Kerteh 1 sebanyak 75 buah eBOOK, SK Seri Paka sebanyak175 buah eBOOK, SK Felda Seri Rasau sebanyak70 buah eBOOK, SK Paka 2 sebanyak145 buah eBOOK, SK Batu 7 sebanyak44 buah eBOOK, SK Ketengah Jaya II sebanyak36 buah eBOOK, SK Paka III sebanyak52 buah eBOOK, SJK(C) Sin Chone sebanyak 14 buah eBOOK dan SJK(C) Chee Mong sebanyak 34 buah eBOOK. ~ petikan dari laman web JPNT
PENERIMAAN EBOOK TAHUN 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)